Saturday, November 15, 2008

google.com. YOUNG INTELMEX (MAKANAN MINDA ANDA )












































































































































Young Intelmax membantu kecergasan otak anda

Risalah 1 :Young Intelmax : Membawa Kecerdasan Otak Ke Tahap Optimum
Era k-ekonomi ialah zaman manusia memperlagakan kehebatan minda. Keupayaan anda meningkatkan kecerdasan minda menjadi penentu prestasi pembelajaran, kerjaya dan kehidupan. Otak yang cerdas adalah sama pentingnya dengan badan yang cergas.
Walaupun saiz otak manusia kurang daripada 3% saiz tubuh badan namun tenaga yang diperlukan ialah 20% daripada keseluruhan tenaga yang digunakan oleh tubuh. Jelas sekali, otak ialah pengguna tenaga terbesar tubuh badan dan seseorang tidak harus lalai dalam membekalkan nutrien yang mencukupi kepada otak.
3 Ciri Utama CNI Young Intelmax
1. Bahan-bahan semula jadi yang bersifat terapi dan makanan : nutriennya diekstrak dengan menggunakan teknologi perubatan Barat dan khasiatnya sebagai bahan terapi dan makanan dalam perubatan Timur dipelihara sepenuhnya. Boleh dijadikan makanan harian dan sesuai untuk semua golongan. Setiap set ekstrak bersamaan 10-20 set bahan mentah, setiap tablet CNI Young Intelmax, berat 270mg, bersamaan 2700-5400mg bahan mentah.
2. Semua nutrien keperluan otak dalam satu tablet: Young Intelmax ialah pati ekstrak yang dihasilkan secara saintifik di bawah kawalan ketat. la kaya dengan nutrien untuk menguatkan fungsi otak dan kecerdasan minda, menentang keletihan, menentang kekurangan oksigen, menambah pengaliran darah ke otak dan anti pengoksidaan untuk menghapuskan 'sampah' yang boleh merosakkan sel-sel otak seperti radikal bebas, plumbum, raksa dan sebagainya. Nutrien dalam Young Intelmax juga berkhasiat menenteram dan melindungi saraf di samping mengawal atur hormon. Pengamalan CNI Young Intelmax dapat membekalkan nutrien yang diperlukan oleh otak secara menyeluruh.
3. Keberkesanan tinggi: Kesan CNI Young Intelmax cepat. Kebaikannya dapat dirasai dalam tempoh yang singkat dan dengan dosej yang sesuai, kesannya dapat bertahan sepanjang hari malah lebih lama. CNI Young Intelmax ialah pemakanan menguatkan fungsi otak dan kecerdasan minda yang sukar ditemui di pasaran. Hasil gandingan keunggulan Barat dan Timur ini melahirkan nutrien tambahan yang tiada tandingan keberkesanannya.
3 Fungsi Utama CNI Young Intelmax
1. Meningkatkan daya ingatan: Kekurangan nutrien atau nutrien tidak seimbang yang sering berlaku pada otak boleh merencatkan pertumbuhan sel-sel otak, malah menyebabkan sel-sel otak mengalami penuaan dan degenerasi sehingga menjejaskan fungsi penghantaran mesej saraf otak. Dalam keadaan ini, serebrum tidak dapat menerima mesej dengan cekap serta tidak berupaya menafsir kod-kod mesej dan menyimpan mesej, lebih-Iebih lagi "mencatatkan" ingatan dengan berkesan. Salah satu fungsi ternyata CNI Young Intelmax ialah meningkatkan daya ingatan. Bahan-bahan yang digunakan seperti walnut (semen juglandis) dan Chinese wolfberry (fructus Iycii) mengandungi pelbagai asid amino, vitamin dan kaya dengan fosforus. Zat besi serta bahan-bahan seperti asid linoleik, pentosan dan polisakarida yang lain juga berkhasiat untuk kesihatan otak. Semua bahan ini berupaya meningkatkan paras sefalin, merangsang aktiviti saraf otak agar otak sentiasa berada dalam keadaan segar dan cergas, meningkatkan daya kesensitifan penerimaan mesej, penyimpanan ingatan, seterusnya meningkatkan daya ingatan serta keupayaan belajar.
2. Meningkatkan daya tumpuan: Dalam proses pembelajaran, keupayaan kita menumpukan perhatian banyak dipengaruhi oleh emosi. Daya tumpuan kita sebenarnya dikawal oleh neurotransmitter. Pembekalan nutrien yang mencukupi membolehkan kita memusatkan perhatian dan tenaga. Ramuan CNI Young Intelmax - Lily Bulb, Jujube Seed, Hoelen (Poria Cocos) - dapat menentang keletihan, meningkatkan daya tahan kekurangan oksigen, menenangkan minda dan saraf, meningkatkan daya tumpuan dan sebagainya.
3. Meningkatkan kecergasan otak: Bekalan darah dan oksigen yang mencukupi ke otak membolehkan otak berfungsi dengan cergas dan otak yang cergas pula memperkukuhkan daya tumpuan dan daya ingatan. Tekanan pembelajaran, pekerjaan dan kehidupan menyebabkan "bahan api" dalam badan kita terbakar dengan pantas dan mengakibatkan 'kelaparan' pada otak (kekurangan nutrien), lesu dan hilang daya tumpuan sehingga menjejaskan daya kognitif kita. Ramuan CNI Young Intel max, Lily Bulb, Jujube Seed, Isi longan, Hoelen dan glukosa berkhasiat melawan keletihan, meningkatkan daya tahan kekurangan oksigen, meningkatkan bekalan darah kepada otak dan menambahkan paras tenaga dalam otak agar otak kita berada dalam keadaan segar dan cergas setiap masa.
Ramuan Berkhasiat Dalam CNI Young Intelmax
Walnut (semen juglandis), Chinese Wolfberry (fructus Iycii), Isi Longan, Jujube Seed. Lily Bulb, Hoelen (Poria Cocos) dan Glukosa.
Risalah 2 :CNI Young Intelmax Gabungan Perubatan Cina dan Barat Yang Memperkasakan Minda
Otak ialah organ yang paling kompleks dalam sistem saraf tubuh manusia. Organ ini mengawal seluruh tubuh, daripada tindakan hingga pemikiran. Otak menerima mesej dari setiap bahagian tubuh, mengkaji dan menghantar mesej ini kepada otot yang kemudiannya menghasilkan tindak balas yang sewajarnya. Setiap bahagian otak mempunyai fungsi masing-masing: mengawal perasaan, bahasa, penuturan, pendengaran, penglihatan, rasa, pergerakan, penelaahan mesej, pengimbangan, perlakuan dan gerak hati.
Pencemaran Sekitar Jejaskan Kesihatan Otak
Pembangunan ekonomi yang berterusan menyebabkan manusia hidup dalam persekitaran yang tercemar setiap hari. Pencemaran udara, bunyi dan sumber air secara langsung menjejaskan kesihatan otak manusia. Selain daripada itu, gaya hidup yang tidak sihat, misalnya kekurangan tidur, pengambilan nutrien yang tidak mencukupi atau tidak seimbang, perubahan emosi yang mendadak, tekanan di tempat kerja, rasa cemas yang melampau atau merokok, merupakan punca utama otak yang tenat.
Gejala kepincangan fungsi otak adalah berbeza-beza mengikut peringkat umur :
1. Kanak-kanak : Lambat bertutur, tidak sensitif terhadap rangsangan luar, daya tumpuan lemah, lembap dalam latihan dll.
2. Remaja : Daya tumpuan lemah, suka bergerak, lemah dalam pelajaran, rendah IQ, otak cepat letih.
3. Dewasa : Daya ingatan merosot, daya tumpuan dan daya fikiran lemah, tidak ingat hal-hal yang baru berlaku dll.
4. Pertengahan umur & Orang tua : Rasa risau, rimas, prejudis, tidak ingat hal-hal yang baru berlaku, pemikiran mudah terganggu, reaksi lembap, tidak dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat dll.
Otak manusia terdiri daripada sel-sel. la merupakan organ terpenting dan harus dipelihara dengan baik. Kita digesa mengamalkan prinsip penjagaan kesihatan otak. Ingat ! Sayangi otak anda hari ini kerana ia lebih mudah daripada menyelamatkannya di hari kemudian.
Semua Nutrien Keperluan Otak Dalam Satu Tablet
CNI Young Intelmax ialah hasil titik peluh Profesor Weng Weijiim yang telah menghabiskan lebih 20 tahun untuk menghasilkan nutrien tambahan bagi kesihatan otak. Menurut Profesor Weng, CNI Young Intelmax dihasilkan daripada bahan makanan masyarakat Cina berasaskan sistem teori dan fakta sains. Dengan bantuan teknologi untuk menjalankan penganalisaan dan penyelidikan, tujuh jenis makanan yang mengandungi nutrien paling penting untuk otak manusia telah dipilih menjadi ramuan utama CNI Young Intelmax, yakni Walnut (Semen Juglandis), Chinese Wolfberry (Fructus Lycii), Isi Longan (Arillus Longan), Jujube Seed (Semen Ziziphi Spinosae), Lily Bulb (Bulbus Lilii), Hoelen (Poria Cocos) dan Glukosa.
Menurut Profesor Weng, nutrien yang berkhasiat untuk otak digolongkan oleh WHO kepada tujuh kumpulan utama dan 44 kumpulan kecil. Kumpulan utama ini ialah karbohidrat, protein, lemak, vitamin, zat galian, serat dan air. CNI Young Intelmax mengandungi kesemua nutrien utama berkenaan dan merupakan tablet yang paling lengkap untuk menyihatkan otak manusia.
Risalah 3 : CNI Young Intelmax Mengubah Yang Tidak Dikenali Menjadi Terkenal
Otak manusia semakin lincah dan kreatif apabila semakin digunakan. Selain banyak menggunakan otak untuk berfikir dan menganalisa, pembekalan nutrien-nutrien penting juga akan membantu memperkasa ketajaman otak anda.
Era k-ekonomi ialah era memperagakan kehebatan minda. Kejayaan anda ditentukan oleh tahap kreativiti minda dan otak ialah kunci daya kreativiti.
Pastikan fungsi otak anda sentiasa berada pada tahap optimum. Ambil nutrien tambahan seperti CNI Young Intelmax untuk memperkasa minda anda; menimba ilmu adalah sama pentingnya dengan menimba pengalaman. Jangan berlengah lagi, dua usaha ini jika diamalkan secara berterusan bakal meningkatkan keupayaan otak anda, mengubah personaliti yang tidak dikenali menjadi yang dikenali


KAMI MEMERLUKAN SERAMAI YANG BOLEH UNTUK MENJADI PENGEDAR MAKANAN KESIHATAN MINDA.



UNTUK PARA PELAJAR DAN DEWASA AMAT MEMERLUKAN INGATAN YANG KUAT MAKA KAMI DISINI INSHAALLAH AKAN DAPAT MEMBANTU ANDA ...









Ener Gold (2.0MB)
Please unzip the file to see the video.
Email:
ahairien@yahoo.com


contact : 019-2160025 or 016-9499215

















No comments: